Sunday, September 2, 2018

Mula bicara IPG 2018

Tahun ini tahun istimewa. Istimewa kerana perayaan 5 tahun sekali berlaku pada 9 mei 2018. Istimewa kerana rakyat malaysia selepas 60 tahun tahu menggunakan pemikiran yang telah dianugerahkan Tuhan kepada mereka iaitu mereka ada hak untuk memilih untuk menukar dan tidak menukar. Mungkin akan ada orang mengatakan bahawa mereka telah memilih satu jalan sebab jalan itu baik.ala kullihal ada pemilihan. 

Rakyat Malaysia secara majoriti memilih untuk menukar kumpulan pengemudi bahtera merdeka ini. Sebagai pendidik, aku rasa gembira kerana majoriti rakyat Malaysia memilih untuk melihat kumpulan baru menerajui dan mengemudi bahtera Malaysia ini.

Tahun ini aku bermula dengan ada kelas yang perlu dikuliahkan pada semester januari dan pada semester jun tiada kelas yang ditugas kepada ku. aku hanya ditugaskan dengan tugas penyeliaan praktikum. well it is part of tugasan hakiki ku.

Isu mengajar ini adalah isu besar dikampus ini. Isu ini timbul kerana bilangan guru pelatih yang semakin berkurang sedangkan bilangan tenaga pengajar masih ramai. Pelbagai alasan, tohmahan yang dikemukakan. tenaga pengajar ini juga kadang kadang dipersalahkan. Pihak pengurusan pun mengeluarkan pelbagai pendekatan untuk mengatasi isu ini. Seronok juga memerhati bagaimana penyelesaian dikemukakan dan tindak diambil.

Isu ini juga timbul kerana dasar menukar fungsi IPG dan penyuraian tenaga pengajar. Isu ini juga merupakan isu besar dikalangan warga IPG. Ketidakpuasan hati dengan alasan yang diberikan serta rational yang dikemukakan. Rational dan alasan tidak tersaur akal yang kritis dan kreatif. Hujah yang tidak kemas dikemukakan. Hujah yang dikemukan menafikan pemikiran aras tinggi yang dilaung laungkan. Begitu juga dengan penyuraian yang sentiasa terbantut dan putaran U turn yang berlaku.Ia menggambarkan kerendahan kompetensi pengawai pegawai yang mengurus hal hal begini. 

Selepas pilihan raya, isu pendidikan ini makin tegar. Penglibatan pegawai pendidikan (guru) dalam pilihan raya menjadi isu hangat. penglibatan guru dan pengawai memihak kepada satu kumpulan berlaku dengan secara terang terangan. ibarat pemain bola berada dipadang boleh dapat ditonton oleh semua orang yang ingin menontonnya. 

Beginikah peranan guru?


No comments: