Pada cuti pertengahan penggal 2009 saya kena habiskan kelas PDIG [Penyuburan Diri Insan Guru] dan Penilaian dalam Pengajian Islam. Kelas PDIG terdiri dari 20 orang dengan 5 orang ustaz manakala kelas PA hanya ada 3 orang ustaz. Kurang sungguh orang lelaki yang berminat dengan kerjaya guru. Majoriti guru sekarang ialah perempuan. Saya tidak ingin megulas pasal itu. mungkin jadi tajuk pada masa lain.
PDIG ada 3 modul dan pada kali ini ia adalah modul yang ketiga. Modul ini menarik sebab tajuknya menarik. Ia berkaitan dengan guru dan pembinaan negara. Ya! guru sangat penting dalam pembangunan negara. Guru yang dedikasi dan berwawasan akan menyemarakan pembangunan negara. Banyak perkara yang disebut dalam modul tersebut. Persoalannya bagaimana sesebuah negara itu terbentuk? Adakan apa yang disebutkan dalam modul tersebut itu yang mutlak? Apa yang ada dalam modul terlalu simplistik! Ia tidak boleh membangkitkan semangat memberi motivasi dalam usaha membina anak-anmak bangsa yang kecil ini menjadi anak-anaka yang membangun negara pada masa depan. Banyak persoalan yang dibincangkan ... seperti adakah wawasan negara bercanggah dengan wawasan akhirat? Mengapa ya dan mengapa tidak? aras kongnitf ini yang sepatutnya dibincangkan oleh para guru pelatih Jqaf ini.
Satu lagi topic yang saya sempat berbincang dengan guru pelatif Jqaf ialah penilaian dalam Pengajian Islam. Satu isu yang menarik, pada pemerhatian saya, ialah kefahaman guru pelatih terhadap penilaian. Penilaian adalah sebahagian dari proses pendidikan. Penilaian bermula sebelum pengajaran. Ia bermula dengan hasil pembelajaran yang ditentukan oleh guru. Penilaian dibilik darjah ialah penilaian terhadap hasil pembelajaran yang nak dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Satu tak pasti adalah perkara ini jelas kepada guru pelatih atau tidak. Blueprint atau Jadual Penentu Ujian sepatutnya disediakan bersama dengan perancangan awal sebelum mengajar lagi. Ia perlu disediakan lebih awal kerana ia akan memberi fokus yang lebih terhadap aras taksonomi yang perlu diberi penekanan semasa proses pembelajaran berlaku.
Satu aspek lagi yang menjadi persoalan saya ialah kefahaman terhadap hasil pembelajaran. Hasil Pembelajaran yang baik mesti memenuhi sekurang-kurang tiga ciri. Hal ini tidak dapat diceritakan oleh guru pelatih yang telah melalui praktikum dan sedang mengajar. Mengapa? Saya bercadang membuat satu tinjauan terhadap perkara ini.
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment