Friday, February 1, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tahun 2013 ini iaitu utk semester pertama saya mengajar kursus kurikulum pendidikan matematik utk semester 3 kumpulan tesl dan beberapa tajuk daripada kursus kajian tindakan 1 semester 7 kumpulan matematik.
Saya akan membicarakan kedua-dua kursus dalam perbincangan yang berlainan. Kurikulum Pendidikan Matematik membicarakan tentang pengertian matematik, pendidikan matematik, sejarah matematik, tokoh-tokoh matematik, tokoh pendidikan matematik, "nature of matematik", kurikulum matematik, sejarah pendidikan matematik di malaysia serta sejarah perkembangan kurikulum matematik di malaysia, negara-negara yang mempengaruhi kurikulum matematik di malaysia, kajian terhadap kurikulum matematik di malaysia; KLSR, KBSR, KBERSEPADUSR, dan KSSR. Saya akan membicarakan.. tajuk-tajuk tersebut pada kesempatan yang lain.
Pendidikan dalam konteks malaysia dirujuk kepada pendidikan yang diasas oleh barat. Oleh itu secara umum masyarakat sebelum merdeka dianggap buta huruf kerana tidak tahu membaca tulisan rumi. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia masing-masing kaum mempunyai cara pendidikan mereka sendiri. Oleh itu mereka tidak buta huruf masih boleh membaca menggunakan bahasa-bahasa mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)