Tuesday, September 29, 2009

Keciciran

Dalam industri pendidikan hari perkara yang dutamakan ialah pencapaian dan prestasi yang tinggi. Pencapaian dan prestasi yang tinggi diukur melalui berapa bilangan "A" yang dicapai oleh seseorang murid atau pelajar atau pelatih - bergantung dimana mereka ini belajar. Budaya prestasi tinggi ini dimulakan dari sejak kecil lagi. Di Malaysia, ia bermula dengan penilaian UPSR di sekolah Rendah. Seterusnya ia disambung dengan PMR dan SPM. Mereka yang prestasi rendah dan tidak dapat meneruskan pengajian ke istitusi pengajian tinggi dianggap tercicir. Inilah fokus pendidikan yang dijadikan sebagai industri kebendaan.

Pendidikan sepatutnya lebih umum dan merangkumi semua aspek. Keciciran bukan dilihat dari sudut pencapaian yang rendah dan tidak menguasai 3M sahaja tetapi keciciran juga patut memasukkan tidak menguasai akhlak mulia, akhlak Islam kedalam kamusnya. Keciciran akhlak inilah yang sangat penting. Walaupun tidak menguasai 3M, tetapi akhlak baik, mereka tidak akan merosakkan masyarakat. Mereka akan menjadi anasir yang baik dalam masyarakat.

Kita berbangga dengan prestasi murid atau pelajar atau mahasiswa yang cemerlang dan gemilang. Tetapi bukan semua yang cemerlang akhlaknya.

Persoalan keciciran akhlak ini tidak menjadi fokus dalam masyarakat kita. Tidak ada kelas pemulihan akhlak disekolah. Tidak ada kelas tambahan untuk kecemerlangan akhlak diprogramkan. Tidak ada kem akhlak yang disusun. Begitu terpinggir pendidikan dan penyuburan akhlak dalam diri insan murid dan pelajar ini. Hasilnya, kita lihat pelbagai isu dan kegawatan dalam masyarakat hari ini. Masalah sosial remaja sekarang adalah hasil dari keciciran akhlak. Kebetulan sahaja ia disebabkan keciciran dalam pelajaran atau akedemik.

Punca keciciran akhlak ini saya rumuskan sama dengan i kuasa dua, a kuasa dua iaitu keciciran iman, ilmu, amal dan akhlak.

Wednesday, September 23, 2009

Sesi Selepas Raya

After Hari Raya there will be another 7 weeks of academic session. It will be a very busy session. I need to pursuit the accreditation committee to complete all necessary documentation that need to be submitted MQA. While doing that I need to update documentation for ISO audit which will begin on the 6th of October.

Ontop of what have been mentioned i need to facilitate UH students small research project. They supposed to do their presentation of the study on the week after Raya. Some of the is getting married during Hari Raya break ... and the others, i think, are dreaming ... or unnessasarily busy with other unimportant thing. Hope these UH group read this posting! I don't feel they will prepare their best for this part. I have to wait and see what they will present ...

Other that UH course, I have to complete Basic Math course with religious major.

That's what is going to be with my schedule after Raya. May Allah make it easy on me!