Sunday, September 2, 2018

Mula bicara IPG 2018

Tahun ini tahun istimewa. Istimewa kerana perayaan 5 tahun sekali berlaku pada 9 mei 2018. Istimewa kerana rakyat malaysia selepas 60 tahun tahu menggunakan pemikiran yang telah dianugerahkan Tuhan kepada mereka iaitu mereka ada hak untuk memilih untuk menukar dan tidak menukar. Mungkin akan ada orang mengatakan bahawa mereka telah memilih satu jalan sebab jalan itu baik.ala kullihal ada pemilihan. 

Rakyat Malaysia secara majoriti memilih untuk menukar kumpulan pengemudi bahtera merdeka ini. Sebagai pendidik, aku rasa gembira kerana majoriti rakyat Malaysia memilih untuk melihat kumpulan baru menerajui dan mengemudi bahtera Malaysia ini.

Tahun ini aku bermula dengan ada kelas yang perlu dikuliahkan pada semester januari dan pada semester jun tiada kelas yang ditugas kepada ku. aku hanya ditugaskan dengan tugas penyeliaan praktikum. well it is part of tugasan hakiki ku.

Isu mengajar ini adalah isu besar dikampus ini. Isu ini timbul kerana bilangan guru pelatih yang semakin berkurang sedangkan bilangan tenaga pengajar masih ramai. Pelbagai alasan, tohmahan yang dikemukakan. tenaga pengajar ini juga kadang kadang dipersalahkan. Pihak pengurusan pun mengeluarkan pelbagai pendekatan untuk mengatasi isu ini. Seronok juga memerhati bagaimana penyelesaian dikemukakan dan tindak diambil.

Isu ini juga timbul kerana dasar menukar fungsi IPG dan penyuraian tenaga pengajar. Isu ini juga merupakan isu besar dikalangan warga IPG. Ketidakpuasan hati dengan alasan yang diberikan serta rational yang dikemukakan. Rational dan alasan tidak tersaur akal yang kritis dan kreatif. Hujah yang tidak kemas dikemukakan. Hujah yang dikemukan menafikan pemikiran aras tinggi yang dilaung laungkan. Begitu juga dengan penyuraian yang sentiasa terbantut dan putaran U turn yang berlaku.Ia menggambarkan kerendahan kompetensi pengawai pegawai yang mengurus hal hal begini. 

Selepas pilihan raya, isu pendidikan ini makin tegar. Penglibatan pegawai pendidikan (guru) dalam pilihan raya menjadi isu hangat. penglibatan guru dan pengawai memihak kepada satu kumpulan berlaku dengan secara terang terangan. ibarat pemain bola berada dipadang boleh dapat ditonton oleh semua orang yang ingin menontonnya. 

Beginikah peranan guru?


Friday, February 1, 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tahun 2013 ini iaitu utk semester pertama saya mengajar kursus kurikulum pendidikan matematik utk semester 3 kumpulan tesl dan beberapa tajuk daripada kursus kajian tindakan 1 semester 7 kumpulan matematik. Saya akan membicarakan kedua-dua kursus dalam perbincangan yang berlainan. Kurikulum Pendidikan Matematik membicarakan tentang pengertian matematik, pendidikan matematik, sejarah matematik, tokoh-tokoh matematik, tokoh pendidikan matematik, "nature of matematik", kurikulum matematik, sejarah pendidikan matematik di malaysia serta sejarah perkembangan kurikulum matematik di malaysia, negara-negara yang mempengaruhi kurikulum matematik di malaysia, kajian terhadap kurikulum matematik di malaysia; KLSR, KBSR, KBERSEPADUSR, dan KSSR. Saya akan membicarakan.. tajuk-tajuk tersebut pada kesempatan yang lain. Pendidikan dalam konteks malaysia dirujuk kepada pendidikan yang diasas oleh barat. Oleh itu secara umum masyarakat sebelum merdeka dianggap buta huruf kerana tidak tahu membaca tulisan rumi. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia masing-masing kaum mempunyai cara pendidikan mereka sendiri. Oleh itu mereka tidak buta huruf masih boleh membaca menggunakan bahasa-bahasa mereka.

Sunday, January 27, 2013

ASSALAMUALIKUM DAN selamat sejahtera, it is quite sometime that i have been off this blog. Lama jugak yoo. Reason ... ??? Walaubagaimanpun ini adalah permulaan yan baik ... walupun dah lama tinggal boleh kembali semula selagi ada hayat. Tahun 2013 ini saya ditugaskan mengajar kurikulum pendidikan matematik dan sebahagian tajuk dalam subjek kajian tindakan. Routilah ni dengan penyeliaan praktikum major dan kdc j-qaf. Setelah 3 minggu ditahun 2013 ini, tiba-tiba timbul keinginan kembali kepada penulissn diblog ini. Thinking aloud ini ditulis semasa sesi inhouse PBS ...

Tuesday, September 29, 2009

Keciciran

Dalam industri pendidikan hari perkara yang dutamakan ialah pencapaian dan prestasi yang tinggi. Pencapaian dan prestasi yang tinggi diukur melalui berapa bilangan "A" yang dicapai oleh seseorang murid atau pelajar atau pelatih - bergantung dimana mereka ini belajar. Budaya prestasi tinggi ini dimulakan dari sejak kecil lagi. Di Malaysia, ia bermula dengan penilaian UPSR di sekolah Rendah. Seterusnya ia disambung dengan PMR dan SPM. Mereka yang prestasi rendah dan tidak dapat meneruskan pengajian ke istitusi pengajian tinggi dianggap tercicir. Inilah fokus pendidikan yang dijadikan sebagai industri kebendaan.

Pendidikan sepatutnya lebih umum dan merangkumi semua aspek. Keciciran bukan dilihat dari sudut pencapaian yang rendah dan tidak menguasai 3M sahaja tetapi keciciran juga patut memasukkan tidak menguasai akhlak mulia, akhlak Islam kedalam kamusnya. Keciciran akhlak inilah yang sangat penting. Walaupun tidak menguasai 3M, tetapi akhlak baik, mereka tidak akan merosakkan masyarakat. Mereka akan menjadi anasir yang baik dalam masyarakat.

Kita berbangga dengan prestasi murid atau pelajar atau mahasiswa yang cemerlang dan gemilang. Tetapi bukan semua yang cemerlang akhlaknya.

Persoalan keciciran akhlak ini tidak menjadi fokus dalam masyarakat kita. Tidak ada kelas pemulihan akhlak disekolah. Tidak ada kelas tambahan untuk kecemerlangan akhlak diprogramkan. Tidak ada kem akhlak yang disusun. Begitu terpinggir pendidikan dan penyuburan akhlak dalam diri insan murid dan pelajar ini. Hasilnya, kita lihat pelbagai isu dan kegawatan dalam masyarakat hari ini. Masalah sosial remaja sekarang adalah hasil dari keciciran akhlak. Kebetulan sahaja ia disebabkan keciciran dalam pelajaran atau akedemik.

Punca keciciran akhlak ini saya rumuskan sama dengan i kuasa dua, a kuasa dua iaitu keciciran iman, ilmu, amal dan akhlak.

Wednesday, September 23, 2009

Sesi Selepas Raya

After Hari Raya there will be another 7 weeks of academic session. It will be a very busy session. I need to pursuit the accreditation committee to complete all necessary documentation that need to be submitted MQA. While doing that I need to update documentation for ISO audit which will begin on the 6th of October.

Ontop of what have been mentioned i need to facilitate UH students small research project. They supposed to do their presentation of the study on the week after Raya. Some of the is getting married during Hari Raya break ... and the others, i think, are dreaming ... or unnessasarily busy with other unimportant thing. Hope these UH group read this posting! I don't feel they will prepare their best for this part. I have to wait and see what they will present ...

Other that UH course, I have to complete Basic Math course with religious major.

That's what is going to be with my schedule after Raya. May Allah make it easy on me!

Sunday, June 21, 2009

Second session for 2009

Alhamdulillah, 21 Jun dah berlalu. It is the beginning of second session for ipgm throughout malaysia. Bahasa U nya semester kedua. This will be the last semester for our first batch and the last cohort of a primary education degree program twinning with University of hertfordshire UK. In January 2010 they will be posted to selected schools through out malaysia.

Saya terlibat dengan program in since the first semester. It is a good program. It is a new learning endeavor. I've learned a lot form this program. so do our colleague from math department. I had visited UH and London for few days enriched my experience on teachers' training program. I will share detail of this experience in another penulisan.

Kali ini hanya berkongsi the beggining sesi kedua. Tugas saya masih sama: mengajar subjek being a math researcher untuk uh group of students; penyelia praktikum (belum confirm), koordinator untuk pengiktirafan MQA bagi program sulong IPG serta tugas-tugas kecil yang lain.

anyway it is good to be back in office.

Wednesday, June 3, 2009

Cuti Sekolah

Pada cuti pertengahan penggal 2009 saya kena habiskan kelas PDIG [Penyuburan Diri Insan Guru] dan Penilaian dalam Pengajian Islam. Kelas PDIG terdiri dari 20 orang dengan 5 orang ustaz manakala kelas PA hanya ada 3 orang ustaz. Kurang sungguh orang lelaki yang berminat dengan kerjaya guru. Majoriti guru sekarang ialah perempuan. Saya tidak ingin megulas pasal itu. mungkin jadi tajuk pada masa lain.

PDIG ada 3 modul dan pada kali ini ia adalah modul yang ketiga. Modul ini menarik sebab tajuknya menarik. Ia berkaitan dengan guru dan pembinaan negara. Ya! guru sangat penting dalam pembangunan negara. Guru yang dedikasi dan berwawasan akan menyemarakan pembangunan negara. Banyak perkara yang disebut dalam modul tersebut. Persoalannya bagaimana sesebuah negara itu terbentuk? Adakan apa yang disebutkan dalam modul tersebut itu yang mutlak? Apa yang ada dalam modul terlalu simplistik! Ia tidak boleh membangkitkan semangat memberi motivasi dalam usaha membina anak-anmak bangsa yang kecil ini menjadi anak-anaka yang membangun negara pada masa depan. Banyak persoalan yang dibincangkan ... seperti adakah wawasan negara bercanggah dengan wawasan akhirat? Mengapa ya dan mengapa tidak? aras kongnitf ini yang sepatutnya dibincangkan oleh para guru pelatih Jqaf ini.

Satu lagi topic yang saya sempat berbincang dengan guru pelatif Jqaf ialah penilaian dalam Pengajian Islam. Satu isu yang menarik, pada pemerhatian saya, ialah kefahaman guru pelatih terhadap penilaian. Penilaian adalah sebahagian dari proses pendidikan. Penilaian bermula sebelum pengajaran. Ia bermula dengan hasil pembelajaran yang ditentukan oleh guru. Penilaian dibilik darjah ialah penilaian terhadap hasil pembelajaran yang nak dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Satu tak pasti adalah perkara ini jelas kepada guru pelatih atau tidak. Blueprint atau Jadual Penentu Ujian sepatutnya disediakan bersama dengan perancangan awal sebelum mengajar lagi. Ia perlu disediakan lebih awal kerana ia akan memberi fokus yang lebih terhadap aras taksonomi yang perlu diberi penekanan semasa proses pembelajaran berlaku.

Satu aspek lagi yang menjadi persoalan saya ialah kefahaman terhadap hasil pembelajaran. Hasil Pembelajaran yang baik mesti memenuhi sekurang-kurang tiga ciri. Hal ini tidak dapat diceritakan oleh guru pelatih yang telah melalui praktikum dan sedang mengajar. Mengapa? Saya bercadang membuat satu tinjauan terhadap perkara ini.